A
ssalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi melayari laman web kami ini. Tujuan laman web ini
dibina adalah bagi menyiapkan tugasan subjek Telekomunikasi dan Rangkaian(SPM 1012).
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang yang banyak mengajar saya berkenaan teknik membina laman web, iaitu pensyarah kami bagi subjek ini, En. Johari bin Hassan.
Penghargaan ini juga kami tujukan buat tutor makmal subjek ini iaiti, cik Ang Sheui Mei.
Tidak ketinggalan buat semua rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam memberi pandangan, maklumat, tunjuk ajar dan kritikan membina di dalam kami menyiapkan tugasan ini.
Ini merupakan kali kedua kami membina laman web peribadi, di mana sebelum ini kami juga pernah membuat laman web semasa masih di Fakulti Mekanikal, sebelum bertukar kursus pengajian kepada pendidikan.
Oleh sebab itu, pengalaman dan ilmu yang telah diperoleh sebelum ini amat banyak membantu. Walau bagaimanapun, kami turut berhubung dan bertanya kepada rakan-rakan yang turut pernah membuat laman web
dari Fakulti Mekanikal untuk memastikan laman web kami pada kali ini akan nampak lebih kemas, tersusun serta sarat dengan informasi terkini.
Mungkin ramai yang masih teringat, tanggal 26 Disemder 2004 berlakunya peristiwa menyayat hati, di mana berlakunya bencana tsunami yang
berlaku di 11 negara Asia iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Myanmar, Banglades, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Kenya, dan Tanzania, selain pulau-pulau di Kepulauan Nicobar dan Andaman di India. Bencana dahsyat
yang lansung tidak diduga ini akhirnya meragut lebih 155 000 nyawa,dan banyak lagi mayat dijangka ditemui. Ramai yang kehilangan ahli keluarga mahupun kenalan tersayang,
malahan harta benda ranap sama sekali.
Hari berganti hari, bencana tsunami terus kekal menjadi pengalaman ngeri. Oleh itu kami turut memuatkan gambar-gambar yang menceritakan
berkenaan keadaan mangsa-mangsa yang terlibat, mendalami kesengsaraan yang mereka lalui selepas bencana ini dan banyak lagi kisah duka
yang boleh kita saksikan setelah melihat gambar-gambar tersebut.
Lihatlah satu persatu dan sama-samalah kita memuhasabahkan diri tentang kebesaran Ilahi.
Simpanlah semua gambar ini untuk dijadikan iktibar dan pengajaran di masa hadapan.
Selain itu, kami juga cuba untuk memuatkan beberapa lagi bahagian yang difikirkan bermanfaat untuk kita kongsikan bersama, dan ini
bergantung dengan kelapangan kami untuk cuba mengemaskini laman web kami ini supaya sarat dengan informasi-informasi terkini dan berguna.
Akhir sekali, sambutlah salam sayang kami untuk anda semua.
Sekian sahaja, semoga anda semua berpuas hati dengan laman web ini.
Wassalam.
|
Hak Cipta Terpelihara
© CiKgu AleZa & CiKgu HasLinDa
    
    
    
    
  
|